Galeri

Koleksi Foto Akademi Kariah 2019

Gambarfoto sewaktu majlis penyampaian dan penutupan rasmi Akademi Kariah 2019 yang diadakan pada 14 Disember 2019, jam 9.00 malam di ruang legar Masjid Saiyidina Ali, Kg Tempoyang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato’ Hj. Zulkifli merangkap Ketua Kampong Mukim Tempoyang dan selaku Timbalan Pengerusi MSA .

Seramai 22 orang yang berjaya menamatkan pengajian dalam akademi yang julung-julang kali diadakan. Pihak penganjur juga telah menganugerahkan sijil penyertaan yang membawa kepada pentauliahan sebagai Pencetus Kariah Mudah MSA. Moga dengan pentauliahan ini, para pencetus kariah muda akan terus beramal dengan istiqomah ilmu yang telah dipelajari sepanjang kursus ini berjalan. Penganjur juga telah memilih 6 peserta terbaik ( 3 lelaki dan 3 perempuan ) untuk dianugerahkan peserta terbaik.

 

Leave a comment