Pelancaran Logo Baharu
Telah dilancarkan dengan rasminya pada 23 Jun 2019 bersamaan 19 Syawal 1440 Hijrah oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Abd. Rahman bin Mohammad bersempena dengan program Karnival Moh Ke Masjid 2019, Masjid Saiyidina Ali Bin Abi Talib (MSA).
Terdapat 3 rakan sinergi masjid turut terlibat selain dari logo rasmi MSA iaitu kelab-kelab Rakan Memanah, Rakan Akademi Kariah Cilik dan Rakan Motor. Kesemua rakan sinergi ini (kecuali Rakan Muslimat MSA) bernaung di bawah Biro Belia dan Beliawanis MSA, Jawatan Kuasa Masjid Saiyidina Ali, Kg. Tempoyang.
Kelab Rakan Memanah dan Kelab Rakan Motor sedang cergas melaksanakan aktivitinya. Sehingga kini sambutan dari orang ramai yang menyertai sebagai ahli kelab amat menggalakkan. Sementara Kelab Rakan Akademi Kariah Cilik dijangka dilaksanakan tidak berapa lama lagi.
Selain itu kaum muslimah kariah masjid ini juga sangat aktif mengadakan aktiviti-aktiviti kebajikan di bawah program-program penganjuran masjid.
Dengan adanya kelab rakan sinergi seumpama, diharap mampu menarik lebih ramai penyertaan dan di masa-masa akan datang dan matlamat Masjid Saiyidina Ali untuk mengimmarahkan fungsi masjid ini dengan golongan belia dan beliawanis khasnya, akan menjadi kenyataan.
Masjid Saiyidina Ali Bin Abi Talib
Secara rasminya logo baharu ini akan menggantikan logo sementara yang digunakan sebelumnya. Dengan adanya logo ini akan menyerlahkan lagi identiti masjid ini di mata umum.
Pelancaran Logo-logo Rakan Sinergi
Masjid Saiyidina Ali Bin Abi Talib (MSA)
Sinopsis
Merupakan antara aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk mendekatkan ummah kepada masjid ini. Bergerak di bawah naungan Biro Belia dan Beliawanis, beberapa kategori rakan sinergi telah di tubuhkan iaitu Rakan Memanah, Rakan Akademi Cilik dan Rakan Motor Masjid Saiyidina Ali, Kg. Tempoyang, Kuala Lipis.
Telah dilancarkan serentak bersempena program Karnival Moh Ke Masjid 2019 baru-baru ini pada 23 Jun 2019. Majlis Pelancaran Logo Rakan Sinergi ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Abd Rahman b. Mohammad, Ahli Parlimen Kuala Lipis.
Jazakallahu Khoiran Kathira di ucapkan pada beliau di atas kesudian menyempurnakan majlis berkenaan.