Maklumat Am

Logo Rasmi MSABAT Kuala Lipis

Masjid Saiyidina Ali Bin Abi Talib

Logo MSA terkini - iii

Secara rasminya logo baharu ini akan menggantikan logo sementara yang digunakan sebelumnya. Dengan adanya logo ini akan menyerlahkan lagi identiti masjid ini di mata umum. Berikut perincian rekabentuk logo MSA :

Kubah menara masjid

Simbolik kepada lambang binaan sesebuah masjid. Menara kubah masjid yang putih membawa maksud kesucian perjuangan menegakkan syiar Islam akan berterusan sehingga bila-bila. Manakala menara kubah yang hitam pula membawa erti semangat keutuhan yang terbina akan sentiasa mempertahankan apa yang haq dan apa yang bathil.

Kubah masjid

Melambangkan syariat Islam yang didokong oleh masyarakat yang berilmu dan istiqomah melaksanakan perintah Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw. Warna hijau kubah itu sendiri sudah memberi makna kepada perjuangan dalam meyebarkan agama suci Islam.

Perkataan MSA

Akronim kepada Masjid Saiyidina Ali, diikuti dengan nama dan alamat masjid. Warna merah menampilkan masjid ini mempunyai matlamat menjadikan rumah Allah yang makmur sentiasa

Bingkai Corak Islamik

Membawa pengertian `melengkapi’. Justeru masjid ini sentiasa berusaha untuk melengkapi kemudahan-kemudahan seiiring dengan matlamat menjadikan ia rumah Allah yang sentiasa dirindui untuk beriktikaf di dalamnya.

Leave a comment