Maklumat Am

Logo Rasmi Rakan Muslimat MSA

Logo-Muslimat-MSA

Sinopsis

Ditubuhkan pada  :
2015
Bilangan Ahli  :
50 orang

Matlamat Penubuhan :

  1. Mewujudkan komuniti dikalangan muslimat bagi kariah masjid di mukim tempoyang.
  2. Memberi sokongan dan khidmat bantu terhadap aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pengurusan masjid
  3. Menggalakkan kaum muslimat untuk mendekati masjid untuk semua bentuk aktiviti
  4. Menggiatkan usaha dalam kempen menarik minat muslimat untuk menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan terutama yang khusus untuk wanita

Pengerusi Kelab : Puan Hjh Rosnida bt. Abu Bakar
Penolong pengerusi :
Setiausaha :
Bendahari :

Perincian Logo :

Figura

Digambarkan dengan tiga wanita yang lengkap bertudung, simbolik warga muslimah yang menjaga kesucian agama Islam. Kesemuanya diwarnakan sama iaitu hitam yang memperlihatkan kejelekitan kerjasama dan jalinan ukhuwah yang erat sesama ahli.

Tulisan

Perkataan `muslimat’ membawa maksud warga muslimah dalam konteks `jamak’ (ramai) dan diterjemahkan dalam tulisan Arab ini jelasnya memberi indikasi betapa perjuangan ahli-ahli ke arah syiar Islam. Warna merah pada tulisan memperlihatkan pula semangat bekerjasama yang istiqomah dalam melaksanakan aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Masjid Saiyidina Ali, Kg. Tempoyang.

Perkataan MSA adalah akronim kepada Masjid Saiyidina Ali yang menjadi kebanggaan warga kariah Kg Tempoyang, Kuala Lipis. Warna hijau pada tulisan mencerminkan kejernihan hati kariah dalam mengimmarahkan rumah Allah ini.

Bingkai Hijau Gelap

Bingkai dan warna hijau gelap melambang nilai budi ahli-ahlinya yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan peranan sebagai muslim sejati yang patuh pada syariat Islam.

Bulatan (Titik) Kuning

Sementara dua bulatan berwarna kuning membawa maksud dua titik dalam proses mencari redha Allah swt bermula dari `Permulaan kehidupan’ ( bulatan kuning bawah) dan `Kematian’ (bulatan kuning atas) sebelum melangkah ke fasa seterusnya menuju syurga Allah.

1 thought on “Logo Rasmi Rakan Muslimat MSA”

Leave a comment