Aktiviti, Galeri

Solat Sunat Gerhana Matahari 26 Dis

Gerhana matahari berlaku pada 26 Disember 2019 dan berlangsung untuk tempoh bermula dari 11.30 pagi sehingga 3.30 petang. Fenomena ini berlaku adalah di atas kehendak Allah swt yang Maha Pencipta. Dia memperlihat hanya sedikit kekuasaanNya untuk manusia mengambil iktibar supaya beriman dan bertakwa kepadaNya.

Dikatakan hampir kesemua masjid dan surau seluruh negara telah mengambil inisiatif untuk mengadakan solat sunat muakad ini, merupakan antara solat muakad yang tinggi hieraki dalam himpunan solat-solat sunat muakad.

Masjid Saiyidina Ali, Kg Tempoyang juga tidak ketinggalan mengadakan majlis solat sunat gerhana matahari di premisnya.

Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas oleh al-Fadhil Imam I iaitu Ustaz Mohd. Mahyuddin bin Hj. Ghazali berkaitan kaifiat melaksanakan solat ini. Solat sunat gerhana matahari di mulakan pada jam 11.45 pagi dengan diikuti jemaah seramai lebih 50 orang, dengan di imami oleh ustaz Mahyuddin sendiri.

Khutbah pula disampaikan oleh Ustaz Zainurin b. Ismail. Beliau turut menyampaikan rasa syukur dan ucapan terima kasih atas kehadiran para jemaah sebelum memulakan khutbahnya.

Alhamdullillah solat sunat gerhana matahari selesai pada jam 12.30 petang.

Jamuan ringan secara `potluck’ telah dinikmati oleh para jemaah setelah selesai solat zuhur pada jam 1.40 petang.

Wallahualam..

skrin-TV-gerhana

 

Leave a comment