Februari, Pentas Ilmu

Kuliah Dwi-Mingguan 19 Feb 2019 – Ustaz Dr. Ramlan bin Mustapha

Pengajian Berkitab :
Tasawuf : Kitab Syarah al-Soghir Tanbiyul Al-Ba’
Muka Surat 12.

Tarikh :
18 Februari 2020 (Selasa)

Masa :
Lepas solat maghrib

  • Tempat :
    Dewan Solat MSA, Kg. Tempoyang, Kuala Lipis

Tajuk Kuliah :
Wasiat ke 9 : Taubat & Rukunnya

Pengisian

  1. Yang paling utama dalam perjalanan kita mendekati Allah
  2. kembali pada Allah dengan meninggalkan maksiat
  3. untuk nak membersihkan hati, tiada cara lain selain dari bertaubat pada Allah
    • Malik bin Inar (seorang wali Allah) mengisahkan berkenaan seorang pembunuh dan peraompak iaitu Futhai bin Diya’, bertaubat dan kembali kepada Allah.
    • (boleh rujuk Surah al-Hadid Ayat 15)
    • beliau berkata ; untuk dekat pada Allah, bersihkan hati dahulu.
      • caranya dengan banyakkan bertaubat
      • syarat taubat pula ialah ;
        1. sesal dengan segala perbuatan dan perkataan yang diucap (perkara mungkar/maksiat)
        2. cabut dari hati tabiat-tabiat buru dan maksiat
        3. berazam untuk meninggalkan dosa-dosa itu
  4. ada tiga jenis taubat
    • golongan at-taubah (ahli-ahli taubah)
      • sentiasa bertaubah
      • yang takut terhadap azab Allah
    • golongan innabah
      • yang mengharapkan pahala dari Allah
      • golongan aubah
        • tahu, sebab tanggungjawab terhadap Allah
        • bukan kerana mengharapkan ganjaran pahala dsb.
  5. Kisah Ibnu Mas’ud
    • seorang yang taat pada perintah Allah
    • suatu malam dia pergi ke sebuah kelab malam dan di dalamnya ada seorang penyanyi yang sangat bagus suaranya (hebat nyanyiannya)
    • setelah selesai tugas menyanyi, lalu Ibnu Mas’ud menghampiranya lalu berkata; alangkah baiknya jika seuara kamu yang hebat itu melaungkan kata-kata pujian terhadap Allah swt/
  6. Status taubat
    1. hak kita dengan Allah
      • hubungan kita terus dengan Allah (amat memudahkan)
    2. hak kita dengan makhluk
      • hungan ini menggambarkan kesukaran apabila melibatkan orang lain
      • bimbang tak sempat minta maaf dengan mereka yang kita pernah melakukan kesalahan terhadapnya
      • menurut hadis Bukhari dan Muslim
        • jika diukur dengan mata wang dinar; apabila kita sampai di akhirat nanti maka tidak sampai  1 dinar pun pahala kita sebagai bekalan
        • contoh ; yang mudah seperti hanya sent like dalam media sosial yang menyatakan keburukan dan kelemahan orang lain. Dengan lain perkataan, kita menyerahkan pahala kepada orang yang disebut-sebut itu, maka dosa orang lain kita ambil
      • bagaiman kita nak perbaiki balik kesilapan besar seperti di atas ?
        • sekiranya dia tahu apa yang telah kita lakukan ke atasnya, menjadi kewajipan untuk menuntut maaf darinya
        • sekiranya tidak diketahuinya, maka kita perlu bertaubat pada Allah
        • sekiranya tidak, urusan kita dengan Allah taan selesai di dunia, di kubur dan di akhirat
        • bagaimanapun sekiranya orang itu mengetahui (dia memang berhak tahu dari kita apa kesaahan kita terhadap dia), tetapi ada perasaan bimbang pula dia akan pengapakan kita (mencederakan), maka memadailah dengan taubat pada Allah
      • yang diumpat sudahpun mati terlebih dahulu dari kita, ataupun dia telah berpindah yang kita tidak tahu di mana dia berada,
        • ulamak mengatakan kita harus bertaubat dan meminta ampun dengan sungguh-sungguh dari Allah
      • jika terambil sebarang aset atau harta kepunyaan dia dan telah mati, wajib kita menyerahkan keada walinya.
    3. kish allahyarham Dato’ Harun Din,
      • isu berkaitan tanau yang sewaktu mengukurnya terambil sedikit sahaja bahagian tanah hak orang lain
      • sehingga memakan masa 50 tahun tidak selesai sehingga ianya diilhamkan dalam mimpi agar dapat menyelesaikannya
        • memulangkan dalam bentuk wang yang senilai harganya dengan kedudukan pasaran harga hartanah terkini kepada warisnya.
        • andai tiada waris, perlu serahkan sebagai sedekah pada orang fakir.
    4. Kisah Nabi Zanun (sezaman denga nabi Yunus as.)
      1. diutuskan kepada satu kaum yang menyembah patung
      2. lalu nabi Yunus as minta ditukarkan ke tempat lain memandangkan tidak ramai kaumnya yang mahu ikut beriman
      3. mereka bergerak keluar menggunakan sebuah kapal. Namun kapal itu tidak boleh menampung kapisiti (terlebih satu dari yang dibenarkan). Lalu dijalankan undia siapa yang patut terjun bagi mengurangkan erat kapal, agar mereka yang lain boleh cepat belayar pergi.
      4. melalui kaedah undian, terkena pada Nabi Yunus as sebagai calon untuk diterjunkan ke laut.
      5. sebelum sempat mencecah air, Nabi Yunus di sambar dan terus ditelan oleh seekor ikan Nun.
      6. rupanya ia adalah satu betuk hukuman dari Allah saw denan asbab Nabi Yunus as tidak mengikut perintah Allah supaya berdakwah kepada kaumnya (tidak sepatutnya putus asa)
      7. Nabi Yunus telah melakukan taubat yang bersungguh selama berada di dalam perut ikan Nun itu.

Leave a comment