Maklumat Am

Allah menguji kita..

Tiada siapa akan menduga perancangan Allah..
Tiba masa Allah turunkan ujian yang amat berat yang harus kita tanggung, bukan sekadar di negara Malaysia tercinta ini malah seluruh dunia merasakan bahang penangannya..

Yer..itu lah pandemik COVID19..corona virus, makhluk yang diutus Allah untuk `yang hanya Dia Yang Maha Mengetahui’..

Paling terkesan ialah seluruh umat Islam di dunia, yang terhalang dari mengunjungi rumah Allah untuk meneruskan solat  berjamaah, mendengar peringatan dari kuliah-kuliah ilmu, beramal ibadah berzikir munajat dan lain-lain saperti kebiasaan.

Sebermula Mac 18, 2020 Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan yang sangat perlu dan wajar diadakan bagi membendung penularan virus yang amat berbahaya ini demi kesejahteraan umat. Bermula pada hari ini juga semua pintu masjid ditutup rapat dari menerima kehadiran tetamu-tetamu syurga Allah swt. Pastinya yang mereka yang kelazimannya berada di sana, akan merinduinya untuk hadir kembali.

 

Leave a comment