Aktiviti

Akademi Kariah 2019

MSA-AK1w

Sinopsis :

Program ini adalah kesinambungan dari yang terdahulu iaitu Kem Celik Al-Quran 2019 yang dilaksanakan pada 14 & 15 Disember 2019 (17 & 18 Rabiulakhir 1441H).

Seramai 24 orang telah dipilih melalui ujian akhir sewaktu kem celik Al-Quran 2019 untuk diserapkan sebagai peserta akademi ini.

Hasrat akademi ini adalah untuk melahirkan dai`e  muda yang digelar Pencetus Kariah Cilik bagi membimbing dan menggalakkan rakan-rakan sebaya di luar sana terutama bagi kariah masjid ini untuk mengikuti kursus-kursus yang berkaitan di masa-masa akan datang. Pencetus Kariah Muda ini bertindak sebagai pembimbing atau fasilitator kepada kursus-kursus berkenaan. Harapan penganjur agar kita dapat mempertingkat usaha dalam mendidik serta membimbing generasi muda agar mula berjinak-jinak dengan kemahiran membaca Al-Quran dengan betul. Atas tujuan yang dinyatakan, maka program ini adalah satu langkah awal untuk program bersiri yang akan diadakan dengan mensasarkan generasi muda agar menjadi insan yang berilmu dan mampu menguasai bidang bacaan Al-Quran.

Selain dari kedua-dua penceramah jemputan, keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran akademi dilaksanakan oleh dua orang Naqib iaitu Ust. Mohd. Khairi b. Abd. Rahman dan Ust. Zuhaili b. Hassan.

 

Leave a comment