Aktiviti

Kem Celik Al-Quran 2019

MSA-KCA2

Sinopsis :

Pada 12 & 13 Disember 2019 (15 & 16 Rabiulakhir 1441H), satu program inisiatif Biro Belia dan Beliawanis MSA yang bertujuan untuk memberi peluang dan pengetahuan asas dalam aktiviti membaca Al-Quran mengikut bacaan yang betul. Kumpulan sasaran program ini adalah mereka yang terdiri dari kanak-kanak dan remaja dalam lingkungan umur 7 – 19 tahun. Dalam kem ini kesemua peserta di didedahkan dengan input-input berkaitan melalui ringkasan modul yang dibekalkan oleh penganjur.

Hasrat utama penganjur adalah untuk menjadikan kesemua peserta menguasai asas-asas dalam bacaan Al-Quran supaya dapat diamalkan selain menaikkan minat terhadap Al-Quran. Pada hari kedua kem ini, peserta-peserta dikehendaki menduduki ujian bagi menguji sejauh mana penguasaan ilmu yang dipelajari sepanjang dua hari kem berlangsung.
Selain itu, pihak penganjur turut menjemput dua orang penceramah jemputan iaitu Ust. Ahmad Shukri bin Mohamed dan Ust. Hasan Basri bin Ahmad (merupakan juara Qari di Majlis Tilawah Al-Quran 2019).

Leave a comment