Aktiviti

Jamuan Raya Iedil Fitri 2018

36851092_1617585058368057_4779200076662702080_n

Setiap tahun MSA akan mengadakan jamuan hari raya. Jamuan disediakan secara potluck. Bermacam-macam hidangan yang dibawa seperti satay, nasi impit, nasi minyak kari kambing , mee goreng panas, kambing, ayam bakar, lemang, rendang, kuih muih dan buah2an serta minuman sejuk dan panas.

Kehadiran pengunjung amat menggalakkan. Majlis bermula seawal 10.00 pagi itu telah menyaksikan kehadiran pengunjung-pengunjung setempat dan luar turut serta meraikan bulan syawal tahun ini.

Pihak pengurusan masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada para jemaah yang sudi membawa juadah-juadah dan tak terkecuali mereka yang telah membantu bergotong royong melancarkan perjalanan majlis dengan jayanya.

Leave a comment