Aktiviti

Immarah Bulan Ramadhan 2018

Sepanjang bulan puasa ini masjid telah mengadakan pelbagai aktiviti seperti berikut: Majlis berbuka puasa setiap petang sepanjang ramadhan Tadarrus Al-Quran Bergotong royong memasak bubur lambuk Solat sunat Tarawikh 20 rakaat Menyantuni faqir dan miskin Kuliah agama Sabtu dan Ahad Tazkirah sebelum solat tarawikh, satu malam satu hadis.

Aktiviti

Jamuan Raya Iedil Fitri 2018

Setiap tahun MSA akan mengadakan jamuan hari raya. Jamuan disediakan secara potluck. Bermacam-macam hidangan yang dibawa seperti satay, nasi impit, nasi minyak kari kambing , mee goreng panas, kambing, ayam bakar, lemang, rendang, kuih muih dan buah2an serta minuman sejuk dan panas. Kehadiran pengunjung amat menggalakkan. Majlis bermula seawal 10.00 pagi itu telah menyaksikan kehadiran… Continue reading Jamuan Raya Iedil Fitri 2018

Januari, Pentas Ilmu

Kuliah Mingguan 3 Jan – Ustaz Yusrimi bin Razali

Pengajian Berkitab : Kitab Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah Tarikh : 3 Januari 2020 Masa : Selepas solat maghrib Tempat : Dewan Solat MSA, Kg. Tempoyang, Kuala Lipis Tajuk: Kitab-kitab Yang Menjadi Syariat Pengisian Mukaddimah ; ucapan selamat tahun baru selalu diikuti dengan soal azam baru - sangat sinonim. Walhal nabi kata ; hari ini… Continue reading Kuliah Mingguan 3 Jan – Ustaz Yusrimi bin Razali

Jun, Pentas Ilmu

Ceramah Khas Karnival Moh Ke Masjid

Penyampai: Ustaz Haji Zul Ramli bin M Razali Pengerusi Majlis: Norshamsuri bin Shafie Tarikh: 23 Jun 2019 (Ahad) Masa: 9.15 malam Tempat: Dewan Solat, Masjid Saiyidina Ali, Kg Tempoyang Pengisian ceramah : Ceramah bertemakan pengertian istilah Moh Ke Masjid Disandarkan kepada ahli masjid yang mengajak orang lain untuk datang ke masjid Ahli masjid diumpama seperti… Continue reading Ceramah Khas Karnival Moh Ke Masjid

Jun, Pentas Ilmu

Kuliah Dhuha Karnival Moh Ke Masjid

Penyampai : YH Ustaz Dato' Badlishah bin Alauddin Pengerusi Majlis : YH Dato' Baharin b. Harun Tarikh : 23 Jun 2019 (Ahad) Masa : 10.30 pagi Tempat : Dewan Solat, Masjid Saiyidina Ali, Kg Tempoyang Pengisian ceramah : Menyebut tentang keberkatan apabila berada di rumah Allah iaitu `masjid' Memberi contoh mengenai bagaimana seseorang jemaah samada… Continue reading Kuliah Dhuha Karnival Moh Ke Masjid

Galeri

Koleksi Foto Program Kolaborasi Tadika KEMAS Lipis & MSABAT

Penghargaan dan terima kasih dirakamkan untuk pihak KEMAS Lipis yang sudi mengadakan program kolaborasi dan lawatan ke premis Masjid Saiyidina Ali bin Abi Tholib, Kg. Tempoyang, Kuala Lipis. Murid-murid cilik yang seramai 22 orang ini telah diiringi oleh guru-guru mereka. Program sehari yang diadakan pada 26 Mac 2018 telah memberikan impak positif yang membanggakan dikalangan… Continue reading Koleksi Foto Program Kolaborasi Tadika KEMAS Lipis & MSABAT

Aktiviti

Kem Super Solat 2018

Sinopsis : Merupakan aktiviti tahunan bagi musim ke 2 pada tahun 2018. Dilaksanakan mengikut takwim yang diadakan pada cuti sekolah pada hujung tahun. Kem yang dijalankan selama dua hari itu umumnya bertujuan untuk mendidik dan melatih kemahiran dalam melaksanakan ibadah khusus, terutamanya solat dikalangan remaja-remaja dan kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah. Mendapat sambutan… Continue reading Kem Super Solat 2018

April, Pentas Ilmu

Ceramah Agama 16 Apr – Ustaz Mohd Aris bin Jamin

Peristiwa Isra' dan Mikraj Sipnosis : Tarikh           : 16 April 2018 Masa              : Selepas solat maghrib Penceramah : Ustaz Mohd Aris bin Jamin (Al-Fadhil Qadhi Daerah Raub) Pengisian ceramah : Mengimbau serba sedikit peristiwa Israk' & Mikraj Junjungan besar Nabi Muhammad saw. Perkara yang tersirat… Continue reading Ceramah Agama 16 Apr – Ustaz Mohd Aris bin Jamin

Info Dakwah

Zakat Fitrah

Pengertian Zakat Fitrah Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Pengertian Zakat Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah: Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari… Continue reading Zakat Fitrah