Galeri

Koleksi Foto Program Kolaborasi Tadika KEMAS Lipis & MSABAT

Penghargaan dan terima kasih dirakamkan untuk pihak KEMAS Lipis yang sudi mengadakan program kolaborasi dan lawatan ke premis Masjid Saiyidina Ali bin Abi Tholib, Kg. Tempoyang, Kuala Lipis. Murid-murid cilik yang seramai 22 orang ini telah diiringi oleh guru-guru mereka.

Program sehari yang diadakan pada 26 Mac 2018 telah memberikan impak positif yang membanggakan dikalangan anak-anak murid Tadika berkenaan. Pelbagai aktiviti dijalankan oleh Tn Hj Ismail selaku fasilitator sebagai pendedahan kepada murid-murid saperti perilaku dalam solat, bersolat jamaah,  aktiviti `Gallery Walk’, termasuk permainan.

 

Moga program yang seumpama dapat diteruskan dan pihak pengurusan masjid mengalu-alukan kolaborasi dengan pihak berkaitan di masa-masa akan datang.
Amin. InsyaAllah.

 

Leave a comment