Aktiviti

Projek Cendawan

Projek cendawan ini hasil dari inisiatif Ustaz Khairul Azuan dalam meneroka peluang keusahawanan. Projek ini telah mendatangkan hasil yang lumayan buat pendapatan masjid. Sehingga kini ia masih diteruskan.

Lokasi nursuri cendawan ialah berhampiran bangunan dapur MSA

Cetusan idea oleh Ustaz Khairul Azuan adalah untuk memberi peluang kepada ahli kariah sekitar untuk turut serta dalam mengusahakan nya dalam skala yang lebih besar dan berterusan menghasilkan pendapatan untuk diri dan keluarga (terutama mereka yang berpendapatan rendah), disamping turut membantu pertumbuhan ekonomi masjid dan komuniti setempat. Adalah diharap ianya menjadi `starting point’ ke arah wawasan yang dicitakan.

Amin.

Leave a comment