Aktiviti, Galeri

Sambutan Hari Raya Iedul Fitri 2017

Jamuan Aidilfitri Masjid Saiyidina Ali bin Abi Talib, Kampung Tempoyang yg telah diadakan pada hari Ahad, 9 Julai 2017 yang lalu, deisambut dengan begitu meriah dengan kehadiran orang ramai. Antara yang turut hadir pada sambutan berkenaan ialah YB Ahli Parlimen Lipis, Dato’ Abd Rahman bin Mohammad.
Sehubungan dengan itu Pengerusi dan AJK masjid mengucapkan setinggi2 terima kasih kepada para pengunjung yang sudi hadir terutama pihak terlibat yang telah menjayakan majlis penuh baroqah ini.

 

Setelah sebulan berpuasa.. setiap petang berbuka di masjid kecuali dua hari terakhir ramadan sebelum tiba 1 syawal. Pada kebiasaannya pada penghujung ramadan, kariah  turut sibuk membuat persiapan untuk ahli keluarga dan saudara mara yang bakal pulang ke tempat masing-masing. Pihak pengurusan MSA mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian para penganjur kepada iftar yang telah di adakan pada sepanjang bulan yang mulia ini. Moga program iftar di MSA diteruskan lagi pada Ramadan yang akan datang.

 

Biasalah… seperti masjid lain di seluruh negara, MSA juga mengadakan aktiviti immarah masjid. Antara aktiviti dan program yang telah dilaksanakan disepanjang buan Ramadan ini ialah :

1. Solat tarawikh dan witir.
2. Tadarus Al-Quran.
3. Berbuka puasa untuk 70 orang jemaah setiap petang.
4. Qiamullail bila sampai 10 malam terakhir.
5. Tazkirah dengan satu hadis setiap pagi.
dll.

Pada hari Raya,…

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.. hari yang mulia, Iedul Fitri. Rutin utama di awal pagi raya, ke masjid untuk tunaikan solat sunat iedil fitri. Ramai ummah berduyun-duyun ke masjid ini. Rasa sayu ada, rasa syukur, gembira dan kagum melihat ruang masjid dilimpahi para jemaah yang datang untuk bersolat sunat setahun sekali itu. Sayap kiri masjid telah dikhaskan untuk jemaah dari kaum hawa. Masing-masing membawa ahli keluarga masing-masing dihiasi pakaian yang cantik bewarna-warni. Moga setiap tahunnya begini dan semoga setiap hari pun begini..amin..robbil alamin..

Solat Sunat Iedil Fitri dipimpin oleh al-Fadhil Imam I, Ustaz Mohd. Mahyudin bin Ghazali dihadiri oleh jamaah ramai memenuhi semua di dewan solat termasuk di luar. Usai solat dan khutbah raya, dilaksanakan pula sesi bersalaman dan bermaaf-maafan sesama muslimin.

 

Jamuan Hari Raya yang diadakan di perkarangan pintu hadapan masjid meriah dihadiri oleh pengunjung-pengunjung yang turut sama meraikan `kejayaan’ menjalani ibadah puasa fardhu sepanjang Ramadhan tahun ini.

 

Leave a comment