Aktiviti

Majlis Khatam Al-Quran

Majlis Khatam Al-Quran anjuran bersama Tadika Kemas dan Masjid Saiyidina Ali bin Abi Talib, Kg. Tempoyang telah diadakan pada hari Sabtu, 3 November 2018, bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12 tengahari.
Para peserta melibatkan pihak Kemas, penduduk kampung dan pelajar tahfiz Darul Fikri al-Mahmudiah, Kg Tempoyang.
Ceramah agama mengenai Al-Quran disampaikan oleh Ustaz Suhaimi bin Shafie dari IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.

Penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama pihak Tadika KEMAS dan pelajar tahfiz Darul Fikri yang sudi berkolaborasi bersama Masjid Saiyidina Ali, Kg. Tempoyang.

Moga aktiviti serupa dapat digiatkan lagi pada masa-masa akan datang.

Leave a comment