Aktiviti

Program `Drive Thru’ Barangan Kitar Semula SW Corp.

Merupakan satu program berterusan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat swasta, SWCorp. Salah satu inisiatif syarikat yang membawa manfaat dengan mengumpul barangan terpakai yang boleh dikitar semula.

Ahli-ahli qariah dan siapa pun jua yang mempunyai barangan yang boleh dikitar semula seperti, botol kaca atau plastik, besi-besi ampaian lama, buku-buku, surat khabar lama, tin biskut, barangan elektrik yang sudah tidak digunakan dan lain-lain, boleh ditukarkan dengan sedikit bayaran mengikut pertimbangan pihak syarikat berkenaan.

Sesiapa sahaja yang mempunyai hajat untuk berbuat demikian sangat dialu-alukan. Boleh datang untuk urusniaga berkenaan pada sesi akan datang yang akan dimaklumkan oleh pihak syarikat. Aktiviti pungutan barangan kitar semula ini dibuat pada hari Sabtu secara bulanan. Sehingga kini, sambutan terhadap program ini menggalakkan.

Lokasi : Masjid Kampung Tempoyang
Anjuran : SWCorp K.Lipis
Tarikh: 18 Januari 2020 (Sabtu)
Masa: 9.30pg-12.00tgh

 

 

 

 

Ehsan: Group W/A MSA

 

Leave a comment