Februari, Pentas Ilmu

Kuliah Bulanan 23 Feb 2019 – Ustaz Dr. Mohd Zahir bin Abd. Rahman

Pengajian Tafsir : Al-Quran dan Terjemahan
Surah : Al-Ar’aaf,
Ayat 35 – 40, Muka surat 154-155

Tarikh :
23 Februari 2020 (Ahad)

Masa :
Selepas solat maghrib

Tempat :
Dewan Solat MSA, Kg. Tempoyang, Kuala Lipis

Pengisian

  1. Ayat 35 : Apa yang didapati ada di dalam al-Quran dan Hadis, wajib diambil bulat-bulat kerana ia adalah perintah Allah swt.
    • tak perlu kita memikir-mikir dan gunakan akal apa yang Allah perintahkan kita melakukan.
    • maka tidak perlu ada perasaan bimbang dan takut
  2. Dalam ayat ke 36 pula menegaskan bagi yang tidak mengikut apa yang digaris panduankan di dalam al-Quran, mereka akan kekal di daam neraka Allah.
    • orang yang bersikap introvet – orang bagi tahu ancaman Allah
    • orang ekstrovet pula – lebih kepada motivasi serta ganjaran
    • memori, gerak hati serta naluri
    • menggunakan kaedah STIFIN – amat bersesuaian dengan matlamat organisasi seperti maahad tahfiz
    • bagi yang kreatif – memberi bayangan pada mereka darn untuk memahami
  3. menggambarkan mereka yang mendustakan Allah. Mereka melemparkan fitnah dengan menggambarkan bahawa kononnya Allah berbuat begitu, begini hakikat mereka sebenarnyalah yang menipu (ayat 37)
    • sebagai muslimin apabila kita berdoa, selalu dimulai dengan bersalawat ke atas nabi; diikuti dengan menyebut dengan nama ayah sekali dan nabi akan tahu@kenal kita bersama ayah kita sekali.
    • Ibu dan ayah sentiasa menunggu anak-anak mereka untuk mereka. Samlah halnya dengan kita akan berpesan-pesan pada anak-anak generasi di bawah kita untuk sentiasa mendoakan kita pula. Doa anak merupakan antara yang akan di bawa bersama ke alam akhirat selepas kematian.
  4. mereka yang mendustakan Allah di akhirat saling salah menyalah satu sama lain terutama yang terdahulu masuk neraka dengan yang kemudiannya. Dalam ayat 38 hingga 40, diceritakan perihal Allah mengazab mereka yang mendustakanNya walau tak kira samada yang terdahulu atau yang terkemudian.

Kuliah ditangguhkan sehingga sesi akan datang, InsyaAllah
Tamat pada jam 9.05 mlm

Leave a comment