Februari, Pentas Ilmu

Kuliah Mingguan 24 Feb 2019 – Ustaz Khaidir bin Kusnin

Pengajian Berkitab :
Kitab Syarah al-Hikam ~Ahasin al-Kalim

Tarikh :
24 Februari 2019 (Ahad)

Masa :
Selepas solat maghrib

Tempat :
Dewan Solat MSA, Kg. Tempoyang, Kuala Lipis

Tajuk :
Hikmah 15 ; Tanda Kewujudan Allah

Pengisian

Mukaddimah

  • Zaid b. Harithah (ahli syiah)
    • tidak bersetuju dengan Mua’wiyah (sahabat)
    • membuat kelompok aliran baru yang membela Saiyidina Ali
    • ada dua jenis syiah
      1. yang jauh tersesat dan
      2. yang sedikit tersesat
    • kita tidak boleh sesekali melabelkan mereka sebagai kafir, atas dasar mereka menerima Islam sebagai pegangan hidup merka
  • oleh itu kita tidak harus menunjukkan sifat bermusuhan (sesama Islam) di mata mereka orang-orang kafir.
    • ini tak lain tak bukan supaya Islam dilihat sebagai satu umat yang bersatu
  • pegangan ahlu sunnah wal jamaah adalah yang betul dan ia sewajar menjadi panduan terhadap umat Islam sseluruhnya.
  • Ahlu sunnah wal jamaah memperhalusi aspek-aspek aqidah dan feqah, yang menjadi panduan kepada semua.

  1. Allah swt –
    1. wujudnya tidak bertempat
    2. adakah Allah berada di mana-mana atau dengan kita?
    3. orang yang menjadikan al-Quran sebagai teman rapat, maka Allah akan mrngizinkan diriNya dilihat ketika berada di Padang Mashsyar (akhirat)
  2. seringlah kita berdoa kepada Allah swt supaya kita diizinkan untuk melihatNya.
    1. hanya dengan izinNya kita dapat hidayah dan makrifatullah untuk sentiasa belajar untuk mengenal Dia, melalui ilmu feqah, aqidah, dll.
  3. ilmu Allah akan beri makrifatullah setelah kita mempeljari ilmu asas dalam al-Quran
  4. ilmu makrifat bukan suatu ilmu yang boleh dipelajari
    • hanya dengan taat pada perintah Allah dengan mengamalkan apa yang telah dipelajari
  5. bersyukur :
    • perlu berhati-hati; jangan dustakan agama, ada kemungkinan kita yang dalam masjid ini juga sedang bersolat dalam keadaan diri kita seorang munafik ! nauzubillah min zalik!
  6. anak-anak yatim tak semestinya boleh menerima zakat, jelasnya mereka tidak berstatus asnaf
    1. tapi anak yatim diwajibkan melayan mereka dengan baik dan dengan penuh kasih sayang, kerana ternyatanya mereka kurang mendapat kasih sayang dari kedua-dua ibubapa mereka.
  7. kenal Allah; dengan mengetahui apa yang nak kita buat di atas muka bumi ini
    1. sebaik-baik solat fardhu adalah di masjid manakala solat sunat adalah lebih baik di rumah.
    2. ini adalah antara sebabnya llah memberkati rumah dan kesemua isinya.
    3. dicadangkan ketika ingin keluar rumah, solat sunat 2 rakat )selain dari waktu tahrim)
  8. Ikhtibarnya – Kenal Allah melalui batin dan bukan zahirnya
    1. Allah dekat dengan kita walaupun sebenarnya pula Dia jauh.
    2. Kenal Allah akan rasa Dia dekat di hati
    3. mereka yang bertakwa akan mengalaminya (yang berilmu dan beramal)

Leave a comment